BM EN
Daftar masuk
Workout of The Day #8

Senaman Harian 8/2/2014

Inilah masanya untuk berkerja keras sedikit! Sediakan botol air anda kerana ini akan menjadi lebih sukar.

Lakukan selama 30 minit dan setiap 2 minit, lakukan mana-mana daripada senaman berikut:

  • Tekan Tubi
  • Burpees
  • Sit-Ups

Tekan Tubi

Mulakan dengan meletakkan kedua-dua tangan dengan kukuh di atas tanah mengikut lebar bahu. Regangkan kaki anda hingga badan anda benar-benar lurus, dan bengkokkan siku anda. Turunkan badan anda sehingga paras dada anda berhampiran dengan paras tanah, kemudian luruskan siku anda dan tolakkan diri anda ke atas!

Jika anda berasa letih, turunkan lutut anda ke tanah dan sambung semula tekan tubi anda dalam kedudukan tersebut.

Burpee

Sama seperti ‘thruster’, tendangkan kaki anda ke dalam daripada kedudukan tekan tubi sehingga anda mencangkung. Kemudian, bergerak segera ke atas dan lompat! Semasa melompat,angkat tangan anda dan tepuk di bahagian atas lompatan anda sebelum kembali kepada keadaan mencangkung. Tendangkan kaki anda keluar semula dan bersedia untuk rep seterusnya.

Bangkit Tubi

Berbaring ke belakang, dan alihkan kaki anda ke dalam hingga lutut menghala ke arah atas langit. Kemudian, dengan tangan di belakang kepala anda, keraskan otot abdomen anda untuk mengangkat bahagian atas badan ke arah lutut anda. Secara perlahan-lahan, turunkan badan anda kembali ke tanah sebelum cuba ulangan seterusnya.

Jika anda berasa letih, lakukan ‘crunches’ dengan mengangkat badan anda 45 darjah dari tanah dan tekankan perut anda ke dalam.