BM EN
Daftar masuk
Workout of The Day #7

Senaman Harian 24/1/2014

Mengikut protocol Tabata, lakukan setiap senaman berikut dengan intensiti yang setinggi mungkin selama 20 saat sebelum berehat selama 10 saat dan memelukan senaman berikutnya. Lengkapkan kitaran tersebut sebanyak mungkin dalam masa 15 minit.

  • Burpees
  • Thrusters
  • High Knees
  • Tuck Jumps

Burpees

Daripada posisi berdiri, mencangkung ke bawah dan tendangkan kaki anda keluar seperti dalam posisi tekan tubi. Tendangkan kaki anda ke dalam daripada kedudukan tekan tubi sehingga anda mencangkung. Kemudian, bergerak segera ke atas dan lompat! Semasa melompat, angkat tangan anda dan tepuk di bahagian atas lompatan anda sebelum kembali kepada keadaan mencangkung. Tendangkan kaki anda keluar semula dan bersedia untuk rep seterusnya.

Thruster

Dalam kedudukan tekan tubi, tendangkan kaki anda ke dalam supaya anda mencangkung dengan jari anda menyentuh tanah. Kemudian, tendang kaki anda keluar sekali lagi sehingga lurus sepenuhnya dan anda sekali lagi dalam kedudukan tekan tubi. Elakkan dari berehat semasa ‘thruster’! Ia memang memenatkan tetapi akan membantu kadar denyutan jantung dan membuatkan anda berpeluh.

High Knee

Regangkan tangan anda dihadapan sebaris dengan aras pinggang. Kemudian, lari setempat dimana lutut anda setinggi dengan aras tangan. Lutut anda harus setiap kali mencuba untuk menyentuh tangan anda dan jika ianya terlalu mudah, cuba araskan tangan anda setinggi yang mungkin.

Tuck Jump

Dari kedudukan tegak, lompat setinggi yang mungkin dan angkatkan kaki ke arah dada anda dan regangkan kaki anda keluar semula sebelum mendarat daripada lompatan tersebut.