BM EN
Daftar masuk
Workout of The Day #5

Senaman Harian 13/1/2014

Perform as many repetitions of each exercise possible for 1 minute each. Complete 3 sets for maximum burn!

  • Merangkak Gaya Beruang
  • Gaya Pendaki Gunung
  • Squats
  • Thrusters
  • Push-Up Hold

Merangkak Gaya Beruang

Cukup mudah, bersedia dalam keadaan merangkak dan mulakan seperti gaya seekor beruang. Pastikan anda menolak dengan jari kaki anda dan berikan perhatian kepada tangan dan kaki yang sedang bergerak pada masa yang sama!

Gaya Pendaki Gunung

Mulakan dengan kedudukan semasa tekan tubi. Kemudian, tendangkan kaki anda ke dalam dan keluar satu demi satu, supaya ianya seolah-olah seperti anda sedang memecut dengan tangan anda yang diletakkan di atas tanah.

Berasa letih? Lakukan dalam irama yang sederhana supaya anda tidak kehabisan tenaga.

Squats

Berdiri lurus dan angkatkan tangan anda di hadapan anda. Luruskan belakang badan anda, bengkokkan lutut anda sehingga punggung selari dengan lutut anda. Jika boleh, turunkan punggung anda lebih rendah-ini dikenali sebagai A2G ‘squat’-dan kemudian berdiri terus sebelum beralih ke rep seterusnya.

The Thruster

Dalam kedudukan tekan tubi, tendangkan kaki anda ke dalam supaya anda mencangkung dengan jari anda menyentuh tanah. Kemudian, tendang kaki anda keluar sekali lagi sehingga lurus sepenuhnya dan anda sekali lagi dalam kedudukan tekan tubi. Elakkan dari berehat semasa ‘thruster’! Ia memang memenatkan tetapi akan membantu kadar denyutan jantung dan membuatkan anda berpeluh.

The Push-Up Hold

Kuatkan teras (bahagian abdominal) anda dan kuncikan tangan dalam posisi tekan tubi tersebut.