BM EN
Daftar masuk
Workout of The Day #4

Senaman Harian 7/1/2014

Mari lakukan senaman yang terbaik hari ini! Ambil masa anda jika ianya terlalu sukar dan berat untuk dilakukan. Tidak kiralah berapa lama masa yang diambil untuk melengkapkan senaman tersebut kerana ianya dapat membantu anda menjadi lebih baik dan cergas.

Lakukan lima set senaman ini selama 5 minit seperti dibawah. Berehat hanya 1 minit di antara set-set tersebut.

  • 5 Diamond Push-Up
  • Clockwork Push-Up
  • 6 Three-Pronged Push-Up
  • 5 Dive Bombers

The Diamond Push-Up

Rapatkan tangan anda dan letakkan di atas tanah dan bentukkan seperti berlian dengan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian, angkat badan anda kepada kedudukan tekan tubi dan bengkokkan siku anda seperti ingin melakukakn tekan tubi. Jika anda berasa letih, turunkan lutut anda ke lantai dan lengkapkan latihan dengan kedudukan lutut sebegitu.

The Clockwork Push-Up

Mulakan dengan tekan tubi Pylometric. Akan tetapi, apabila anda bergerak ke atas daripada lantai, pastikan badan untuk mendarat ke posisi seterusnya dalam keadaan mengikut arah jam sebelum membuat tekan tubi yang selanjutnya. Teruskan sehingga anda telah membuat satu pusingan lengkap jam!

The Three Pronged Push-Up

Mulakan seperti yang anda lakukan dalam pergerakan tekan tubi biasa dan bengkokkan siku anda untuk melaraskan dada anda ke arah lantai. Ketika itu, angkat kaki ke udara. Sebaik sahaja anda mengangkat badan kembali, turunkan kaki tersebut ke atas tanah. Selang-seli kan antara kedua-dua kaki di semasa melakukan set tersebut!

The Dive Bomber

Ianya juga dikenali sebagai Hindu Push-Up di mana daripada kedudukan tekan tubi biasa, gerakkan dan naikkan belakang badan anda ke atas dan tangan diregangkan di hadapan anda. Secara perlahan-lahan, gerakkan badan anda kembali kepada kedudukan tekan tubi tersebut dalam lengkung yang sempurna di mana ianya dapat mengalihkan dada anda dekat kepada lantai sebelum kembali kepada kedudukan asal.