BM EN
Daftar masuk
Workout of The Day #3

Senaman Harian 6/1/2014

Selama 20 minit, lakukan set tersebut sebanyak yang anda mampu.

  • 10 Pylometric Push-Ups
  • 30 seconds of Push-Up Hold
  • 10 Supermans
  • 20 Flutter Kicks
  • 10 Jack Knife Sit-Ups

Gunakan latihan abdominal semasa masa pemulihan dan elakkan berehat lebih daripada satu minit di antara set!

The Pylometric Push-Up

Kenaikan pada kesukaran asas tekan tubi anda. Daripada kedudukan tekan tubi pada paras rendah, naikkan badan ke atas dan angkat kedua-dua tangan daripada tanah untuk menepuk tangan di pertengahan paras dada anda. Pastikan anda meletakkan tangan anda kembali ke bawah ketika hampir mencecah tanah!

Jika anda tidak dapat melakukannya pada masa yang tepat, pastikan tangan anda tidak mencecah tanah apabila anda bergerak ke atas.

The Push-Up Hold

Kuatkan teras (bahagian abdominal) anda dan kuncikan tangan dalam posisi tekan tubi tersebut.

The Superman

Meniarap di atas lantai, regangkan tangan anda di hadapan anda. Angkat tangan dan kaki anda sejauh yang mungkin daripada aras lantai.

The Flutter Kick

Baring dan letakkan kedua-dua tangan di belakang kepala anda. Dengan kedudukan kaki yang lurus, mula menendang ke atas dan ke bawah. Elakkan daripada membengkokkan lutut anda!

The Jack Knife Sit-Up

Baring dan regangkan kedua-dua tangan di atas kepala anda sehingga jari anda menunjuk ke arah langit. Kemudian, angkat kaki anda ke udara dengan posisi untuk menyentuh tangan anda dengan jari anda. Letakkan kaki anda perlahan-lahan dan ulanginya hingga selesai.