BM EN
Daftar masuk
Pace Walk

Pace Walk

Hey semua! Kami akan berkongsi tentang senaman ‘pace walk’ hari ini. It’s awesome!
‘Pace’ ialah unit ukuran. Ia selalunya digunakan untuk mengukur tahap kepantasan atau intensiti dalam acara berjalan atau larian. Ia juga menentukan rentak berjalan atau larian kita sama ada laju atau perlahan.
‘Pace walk’ merupakan salah satu senaman yang baik untuk jantung serta berkesan untuk menurunkan berat badan.
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, teknik ‘speed play’ boleh digunakan.
Contohnya seseorang individu menetapkan untuk berjalan sejauh 5 km. Sebagai permulaan dia boleh berjalan biasa bagi 1km pertama. Untuk 1 km seterusnya dia boleh berjalan pantas. Bila tiba ke km yang ke 3, dia boleh kembali ke kelajuan biasa. Pergerakan ini boleh diulang-ulang.
Bila seseorang itu sudah biasa dan boleh menyesuaikan diri dengan teknik ini, beliau boleh terus meningkatkan kelajuan bagi keseluruhan tempoh 5 km tersebut:

  • 1KM ke 2KM – Jalan biasa
  • 2KM ke 3KM – Jalan laju
  • 3KM ke atas – Jalan biasa

Jadi secara asasnya, pacewalk ini bermaksud meningkatkan kelajuan rentak kaki kita sedikit demi sedikit.
Seseorang itu boleh membakar sehingga 267 kalori jika berjalan dalam tempoh sejam tanpa henti (kelajuan 5km sejam).
Sebanyak 352 kalori akan terbakar jika berjalan dalam tempoh sejam tanpa henti (kelajuan 6.4km sejam).