BM EN
Daftar masuk

Kempen Nak Sihat adalah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengukuhkan lagi usaha mempromosikan cara hidup sihat, khususnya aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Objektif

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti belia tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal.
  • Mempupuk sikap positif belia terhadap aktiviti fizikal.
  • Membina kemahiran dan keyakinan diri.
  • Menggalakkan belia membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

Strategi

Kempen ini diformulasikan untuk menarik golongan belia dengan menggunakan pendekatan yang lebih segar, menarik, inovatif, interaktif, ceria dan aktif.

Komunikasi Bersepadu

Kempen ini menggunakan media massa dan media sosial yang bertujuan:

  • Menarik perhatian golongan rakyat Malaysia
  • Memastikan visibiliti dan liputan terbaik diberikan kepada kempen ini
  • Memberi peringatan mesej cara hidup sihat secara berterusan

Penerangan Logo

Perkataan ‘Nak’ berwarna kuning adalah titik permulaan untuk mencapai kejayaan. Perkataan ‘Sihat’ berwarna putih adalah lambang nikmat kesihatan yang baik. Aksi belia melompat adalah simbolik golongan belia yang aktif dan rasa hebat. Warna biru adalah lambang perpaduan semua golongan belia. Perkataan ‘Generasi’ berwarna putih melambangkan generasi belia sebagai asas dalam agenda transformasi negara. Perkataan ‘Aktif Hebat’ berwarna kuning adalah sebagai pencapaian yang penting.